spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

‘Facemask’ tak ada cop SIRIM? RM100,000 memburu

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Orang awam yang memilih untuk memakai pelitup muka bukan perubatan disarankan untuk mendapatkan helaian yang mempunyai perakuan dan penandaan SIRIM QAS International Sdn Bhd pada kotak atau bungkusan.

Ia berikutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan mengeluarkan arahan kepada semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan mengikut badan pensijilan berkenaan, mulai 4 Julai depan.

Ia susulan daripada Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 yang telah diwartakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, pada 5 April 2022.

KPDNHEP berkata, ia bagi memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard piawaian keselamatan yang ditetapkan.

“Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan (pelitup muka bukan perubatan) yang mudah dilihat pengguna.

“Penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard berkualiti dan selamat digunakan,” kata kementerian menerusi kenyataan itu, pada Selasa.

Kementerian itu berkata, perintah itu juga dibuat bagi mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan tidak berkualiti di pasaran.

Jika gagal berbuat demikian, individu boleh berdepan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, mana-mana syarikat gagal mematuhi perintah itu bakal dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala kesalahan kali.kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases