spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

EKSKLUSIF : Ribuan graduan AeroAngkasa menganggur

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Ribuan graduan AeroAngkasa sukar mendapat kerja dalam bidang yang ditawarkan universiti tempatan.

Inilah realiti pahit yang dihadapi graduan-graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas mereka menamatkan pengajian.

Perkara ini sudah lama berlaku dan menjadi kebimbangan apabila universiti wujudkan kursus dengan bidang kerja terhad yang menyebabkan kepakaran mereka tidak dimanfaatkan.

Atas kesedaran itu, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Lestari Aero Industries Sdn Bhd mengambil inisiatif menawarkan peluang kerja kepada anak tempatan ini untuk bersama mereka menghasilkan inovasi berasaskan pertahanan dan keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lestari Aero Industries Sdn Bhd, Profesor Adj. Ahmad Joahari berkata, universiti banyak menghasilkan kajian RND namun isu yang sudah lama iaitu gagal untuk komersialkan produk terbabit.

Profesor Adj. Ahmad Joahari

“Di sinilah peranan Lestari menjadi perantara antara kerajaan, universiti dan industri bagi membantu produk berkualiti dan sudah diuji kemampuannya diketengahkan untuk komersial.

“Roket STAR-X Smokey Sam teknologi tanpa wayar menggunakan kepakaran anak tempatan dan lebih praktikal berbanding roket GTR18 Smokey Sam ciptaan Amerika Syarikat yang masih menggunakan wayar.

“Malah harga yang ditawarkan Lestari lebih murah 50 peratus berbanding harga yang ditetapkan negara kuasa dunia itu,” katanya kepada Wacanakini.com

Mengulas lanjut mengenai peripentingnya menggunakan tenaga mahir tempatan adalah tahap keselamatan data lebih terjamin berbanding menggaji tenaga luar.

“Kita tak tahu sejauh mana produk pertahanan dan keselamatan luar itu tidak dipasang alat-alat perisikan tersembunyi atau lain-lain isu yang boleh meletakkan keselamatan negara terancam.

“Polisi negara pembuat aset pertahanan dan keselamatan ini sentiasa berubah. Kita tidak mahu negara ‘dikawal’ oleh negara luar. Contohnya jet tempur dari Russia hanya dibenarkan pembeliannya dengan versi yang lama dan bukan yang terkini,” katanya.

Antara produk inovasi anak tempatan

Penulis berpendapat kerajaan perlu mula mengkaji semula isu banyak RND dihasilkan tetapi tiada suntikan dana untuk komersialkan produk menyebabkan kemahiran yang ada ‘terbiar’ begitu sahaja.

Jangan jadi seperti pencipta pertama ketuhar atau microwave seorang profesor tempatan sehingga ciptaan itu diguna negara lain dan mengaut keuntungan berbillion ringgit.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases