spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Dua penyelam terima sumbangan Sultan Johor

- Advertisement -spot_img

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada dua penyelam yang ditemui selamat selepas hilang ketika melakukan aktiviti latihan 

Kurniaan itu diserahkan kepada warga Britain, Adrian Peter Chesters, 45, dan warga Perancis Alexia Alexandria Molina, 18, oleh Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali di wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang.

Kedua-dua mangsa menjunjung kasih atas ingatan dan kurniaan serta mengambil berat keadaan mereka.

Semalam, Adrian Peter dan Alexia Alexandria ditemui pada kedudukan 16 batu nautika utara Pulau Bintan, di perairan Indonesia oleh nelayan kira-kira 1 pagi.

Adrian Peter turut memberi kenyataan kepada pihak berkuasa bahawa seorang lagi penyelam yang juga anaknya, Nathan Renze Chesters, 14, telah meninggal dunia selepas tidak dapat bertahan akibat terlalu lemah.

Manakala Jurulatih selam, Kristine Grodem dari Norway, ditemui pada Khamis lalu di kedua-dua lebih 20 batu nautika dari lokasi dipercayai hilang.

Susulan insiden itu, Sultan Johor telah menitahkan semua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan sementara waktu sehingga hasil siasatan kes ini dan kajian semula seluruh SOP keselamatan aktiviti menyelam di Mersing selesai.- END

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases