spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

BN kekal solo PRU-15, PasLeak gerakan musuh dalam politik – Ahmad Maslan

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) masih lagi berpegang kepada keputusan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 secara solo,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Apa yang jadi selepas Pilihan Raya Umum (PRU) kita tidak fikir lagi, yang pentingnya untuk masuk dalam PRU ini, kita telah putuskan bahawa BN akan gerak secara solo.

“Tetapi kita berhadapan dengan fakta bahawa BN tidak lagi bertanding di Sarawak, kerana gabungan parti Sarawak yang asalnya bersama BN sudah ‘bercerai’.

“Oleh itu hendak kata BN akan terus solo membentuk kerajaan kemudian belum diputuskan. Apa yang penting dua kali PRN sebelum ini BN sudah buktikan kemampuan bergerak solo,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Anjuran UMNO Bahagian Petaling Jaya semalam.

Maslan ketika diminta mengulas adakah BN sedia merampas kembali kedudukannya di Selangor juga secara solo berikutan ada desas-desas yang mengatakan parti ini memerlukan sokongan PAS, katanya BN masih berpaksikan keputusan sebelum ini untuk kekal solo.

Dalam pada itu, beliau mengulas isu dokumen PasLeak katanya, isu itu tidak beri kesan negatif kepada BN sebaliknya ia beri kesan kepada pihak lawan.

“Sama ada benar benar atau tidak, UMNO memandang PasLeak sebagai cabaran dalam perjalanan politik kita.

“Saya pernah sebut bahawa pakar strategi China, ketahui dirimu, ketahui musuhmu, 1,000 peperangan, 1,000 kejayaan, jadi gerakan musuh dalam politik ada macam-macam antaranya PasLeak.

“Benar atau tidak ia perlu diambil serius, PasLeak dilihat desperado ingin menjatuhkan kami,” katanya.

Polis beberapa hari lalu memaklumkan akan memanggil semua ahli politik yang namanya disebut di dalam satu minit mesyuarat dirujuk sebagai dokumen ‘PasLeak’ bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut bila tarikh dan masa ahli politik berkenaan akan diminta tampil untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, empat keping tangkap layar mengenai percaturan politik Pas antaranya menyentuh mengenai campur tangan dalam urusan mahkamah, menjadi tular di media sosial.

Dokumen diklasifikasikan sebagai sulit itu dipercayai minit mesyuarat Pas yang diwakili oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases