spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Bakal menantuku sebenarnya hantu

- Advertisement -spot_img

Seorang wanita menggunakan media sosial dengan pelbagai nama dan identiti palsu untuk memperdayakan orang ramai.

Modus operandi wanita dikenali Norul Iman Roslan ini adalah menyasarkan lelaki daripada golongan berada.

Dia buat cerita sedih anak yatim piatu, seorang doktor, pakar psikologi, pakar kaunseling dan pakar pelaburan Forex untuk menipu.

Antara nama yang pernah digunakan adalah Dr Lissa Leong, Hazwani Imani Leong, Sherra Ong, Dr Anne dan juga Irene Ong. Dia menggunakan identiti itu dengan ambil kesempatan atas faktor wajahnya seperti keturunan Cina.

Untuk merancakkan lagi kepercayaan dia mendakwa ‘think thank’ kepada tokoh politik tempatan dan mengendalikan wang-wang, dana-dana sekaligus dia sentiasa diancam maka dia perlu membayar bagi perolehi identiti baharu.

Norul Iman menggunakan plot jalan cerita Jason Bourne atau Catch Me If You Can.

Norul Iman juga popular di TikTok dan Twitter dengan pelbagai identiti terbabit.

Setelah meragui identiti wanita itu, bakal ibu mertuanya telah membuat siasatan sendiri dan mendapati banyak kisah yang diceritakan adalah tidak tepat.

Antara yang tidak tepat adalah Norul Iman bukan seorang doktor dan tidak dikenali oleh tokoh politik berkenaan.

Bakal ibu mertua wanita itu memberitahu Wacanakini.com bahawa dia terkejut apabila menyedari segala taktik palsunya baru tiga hari lalu.

“Saya dan ahli keluarga lain yang menjadi mangsa bakal menantu ini sudah membuat laporan polis.

“Berlaku satu pergaduhan antara anak saya dengan Norul Iman sehingga anak saya dicederakan. Rentetan itu, Norul Iman ditahan reman sejak tiga hari lalu,” katanya.

Lima laporan polis telah dibuat oleh mangsa pemerdayaannya dikenali sejak tahun lalu, yang kerugian lebih RM200,000.

Menerui TikTok Dr Lissa Leong yang dibuka oleh mangsa, semua mangsa memberikan komen pengalaman diperdayakan oleh suspek.

Seorang mangsa memberitahu pernah membuat laporan polis pada 2014 di mana ketika itu Norul Iman ini sudah berkahwin dan memiliki tiga anak.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases