spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Bainun ‘sahabat’ Mas Ermiyati, bukan ada kaitan saya – Najib

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dirinya tiada kaitan dengan Siti Bainun tertuduh yang mendera Bella.

Sebaliknya, Najib dipetik berkata soalan itu lebih tepat untuk bertanya terus kepada Ketua Puteri UMNO tahun 2016, Mas Ermiyati yang sudah lompat ke BERSATU.

“Yang calonkan Bainun (terima Anugerah Khas Puteri UMNO 2016) adalah Ketua Puteri UMNO yang telah melompat ke PPBM sejurus selepas PRU14.

“Wan Ahmad Faysal, tanyalah kawan kamu sekarang,” tulis Najib lagi.

Beliau membidas kenyataan Ketua Armada Bersatu yang telah mengaitkan dirinya dengan Siti Bainun.

”Saya tahu pihak sebelah sana cuba kaitkan saya dengan #JusticeForBella sebab saya pernah hadir dalam sebuah majlis yang dianjur Puteri UMNO 6 tahun dahulu pada tahun 2016 di mana Siti Bainun, diberi Anugerah Khas.

“Sebab saya pernah hadir satu majlis yang dianjurkan orang lain, kamu nak kaitkan dengan saya? Bos kamu Muhyiddin dulu pun dalam parti saya.

“Sekarang kamu gelar saya ‘perompak’. Kamu nak kaitkan Muhyiddin dengan ‘perompak’ sebab dia pernah dalam kabinet dan parti saya tak?,” bidas Najib menerusi catatan Facebooknya baru-baru ini.

Najib menyifatkan tuduhan Wan Fayhsal Wan Ahmad itu hanyalah kerana terdesak dan sengaja memburukkan namanya.

Berdasarkan laporan media, Wan Ahmad dilihat sengaja mengaitkan diri Najib dengan #JusticeForBella kerana kehadiran dirinya dalam sebuah majlis yang dianjur Puteri UMNO pada enam tahun dahulu ketika SIti Bainun diberi Anugerah Khas.

Dalam masa yang sama, kata Najib lagi Siti Bainun yang dituduh atas satu tuduhan mendera kanak-kanak syndrome down telah disabitkan kesalahan antara bulan Februari hingga Jun 2021 iaitu ketika ‘Perintah Kawalan Pergerakkan separuh masak.

Najib juga mempersoalkan perkaitan antara beliau dengan Siti Bainun setelah lima tahun lalu kerana menghadiri majlis tersebut lebih-lebih lagi ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Presiden UMNO.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases