Oleh Tun Puteh
PUCHONG : Kedai menjual kerepek, Aliyy yang terletak di Jalan Putra Perdana, Puchong ini sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu.
Ia diusahakan seorang Ustazah Nor Hasziah Hussin sebagai usaha untuk menampung kehidupannya dan keluarga.
Dia terpaksa meminjam sebanyak RM200,000 untuk menjalankan perniagaan ini yang sebelum ini berniaga kecilan di sekolah Maahad.
78 jenis kerepek dan biskut raya dibeli secara pukal daripada penduduk termiskin di Kampung Bagan Serai Perak.

Begitulah perjalanan peniaga kecil-kecilan yang bukan sahaja berusaha untuk membantu dirinya tetapi juga masyarakat yang kais pagi makan pagi sepertinya.
Kerepek berkenaan dijual antara harga RM5 hingga RM10.
Tinggal tujuh hari umat Islam akan menyambut Hari Lebaran, tetapi bagi tiada persediaan perayaan untuk dirinya tatkala perniagaannya belum stabil.
“Mungkin orang tak nampak kerana kedai ini terletak di tengah-tengah bengkel kenderaan dan jauh sedikit daripada jalan besar.
“Ada yang mencari kedai ini guna aplikasi waze tetapi gagal mengesannya,” katanya kepada Wacanakini.com.
Selain kerepek, kedai berkenaan turut menjual produk untuk masalah kulit seperti gatal-gatal dan ekzema dan juga untuk memulihkan sakit berkait virus.
Orang ramai yang mahu melihat pilihan jenama Aliyy bolehlah lawati Instagram dan Facebook Aliyy.
