spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

40 kompaun peniaga jual ayam mahal di Johor Bahru

- Advertisement -spot_img

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU – Sebanyak 40 kompaun dikeluarkan terhadap peniaga dan pemborong ayam oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor setakat hari ini kerana didapati menjual daging unggas itu melebihi harga ditetapkan.

Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, kompaun terbabit dikenakan hasil pemantauan berterusan yang dijalankan seramai 200 pegawai penguat kuasa sempena pelaksanaan Op Pantau kali ini.

“Hingga pagi tadi, 40 kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga di sekitar Johor Bahru kerana menjual ayam lebih mahal daripada harga yang ditetapkan kerajaan.

“Justeru, KPDNHEP menasihatkan peniaga dan pengusaha supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan berniaga secara beretika. Mereka perlu letak tanda harga dan tidak menaikkan harga secara mendadak,” katanya selepas melakukan pemantauan di sebuah stesen minyak di Jalan Skudai, di sini hari ini susulan video tular yang menunjukkan warga Singapura mengisi minyak petrol bersubsidi, RON95.

Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Johor menjalankan pemeriksaan ke atas 15 premis perniagaan di sekitar bandar Kluang, semalam.

Kelmarin, harga ayam segar di Johor Bahru melambung menjadi RM10 sekilogram berbanding harga siling yang ditetapkan RM8.90 sehingga berlaku kenaikan sebanyak RM1.10.

Peniaga di sebuah pasar basah di Pandan, di sini memberi alasan mereka terpaksa berbuat demikian bagi menampung kos yang dikenakan pembekal sebanyak RM1 sebagai caj penghantaran bagi setiap ekor ayam.

Rata-rata peniaga mendakwa mereka akan terus mencatatkan kerugian sekiranya tidak menaikkan harga tersebut.

Mohd. Hairul Anuar memaklumkan, KPDNHEP Johor akan terus melakukan pemantauan secara berkala terutamanya sepanjang bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap barangan keperluan asas lain didapati mencukupi sepanjang tempoh ini.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases