COLOMBO: Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak, begitulah kisah seluruh kabinet Sri Lanka yang lumpuh malam tadi selepas menyaksikan peletakan jawatan secara beramai-ramai oleh 26 menterinya.
Seluruh Kabinet Sri Lanka, kecuali Presiden dan Perdana Menteri yang juga adik-beradik, meletak jawatan pada Ahad ketika parti politik pemerintah berusaha menyelesaikan krisis ekonomi yang semakin memuncak, dengan sekatan ke atas media sosial gagal menghentikan satu hari lagi demonstrasi antikerajaan.
Semua 26 menteri dalam Kabinet, kecuali Presiden Gotabaya Rajapaksa dan abangnya Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa, menyerahkan surat peletakan jawatan pada mesyuarat lewat malam, kata Menteri Pendidikan Dinesh Gunawardena kepada pemberita.
Menteri pendidikannya berkata, protes antikerajaan meningkat walaupun perintah berkurung dilaksanakan yang membuktikan lebih banyak sekatan, lebih banyak kemarahan rakyat.
Dinesh Gunawardena, berkata kesemua 26 menteri selain Presiden, Gotabaya Rajapaksa dan abangnya yang juga Perdana Menteri, Mahinda Rajapaksa, meletak jawatan.
Semua menteri menyerahkan surat peletakan jawatan mereka supaya presiden boleh membentuk kabinet baharu,” katanya sambil menambah bahawa keputusan itu diambil selepas membincangkan krisis ekonomi yang semakin teruk.
Negara kepulauan Asia Selatan itu menghadapi kekurangan bekalan makanan, bahan api dan keperluan lain – menyusul rekod inflasi paling teruk sejak mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1948.
Tiga lagi ahli keluarga Rajapaksa yang berkuasa adalah antara mereka yang meletakkan jawatan di tengah-tengah kemarahan orang ramai terhadap kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang melanda negara Asia Selatan yang mempunyai 22 juta penduduk itu.
Tindakan itu dibuat selepas beribu-ribu orang menentang perintah berkurung hujung minggu lalu dalam usaha menuntut penyingkiran keluarga Rajapaksa, yang kembali berkuasa pada November 2019.
Peletakan jawatan itu membuka jalan kepada presiden untuk melantik Kabinet baharu pada Isnin – dan beberapa daripada mereka yang berundur mungkin dilantik semula- AFP