spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

20 kes mangsa terkesan vaksin failkan saman di Mahkamah Antarabangsa

- Advertisement -spot_img

PETALING JAYA : 20 kes mangsa terkesan vaksin dan dos penggalak berjaya mendapatkan perintah ex parte award bagi meneruskan tindakan undang-undang terhadap pembuat polisi.

Mangsa terbabit ada yang meninggal dunia, lumpuh kekal, mendapat penyakit kronik selepas menerima suntikan.

Perkara itu dimaklumkan Peguamcara dan Peguambela, Mohamad Zainuddin bahawa anak guamnya berjaya mendapat kelayakan dan merit dari segi undang-undang dan fakta untuk tindakan sivil ke atas responden.

“Antara responden yang dinamakan adalah mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri sedia ada, kementerian berkaitan, WHO dan syarikat pembuat vaksin dan dos penggalak.

“Kesemua kes sudah difailkan di Mahkamah Antarabangsa ICJ the Haque Netherlands,” katanya kepada Wacanakini.com

Tambah beliau, perintah ex parte award Timbang Tara Jenayah telah difailkan di Mahkamah ICJ.

“Semakan kehakiman untuk menghentikan program imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah menjadi dasar kerajaan menguatkuasakan melalui semua saluran undang-undang yang telah menyebabkan banyak kematian kesan sampingan dan diskriminasi yang zalim,” katanya.

Mengulas lanjut, dari segi tindakan sivil, tindakan saman, iaitu untuk pampasan ganti rugi, kerana mati selepas suntikan vaksin, atau jadi lumpuh atau sakit, kemudian menolak vaksin kena buang kerja pula, kita dapati ada merit untuk bawa ke ICJ.

“Menjadikan, menyebabkan orang mati tanpa hak, secara penipuan, kata melindung diri, tetapi mematikan, tiada jaminan selamat.

“Criminal action ini adalah tindakan jenayah, siapa bersalah penjara seumur hidup, minima 20 tahun penjara atau penjara seumur hdiup” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases