spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Viral penyelesai karenah birokrasi

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Walaupun sepanjang tahun lalu zakat mengumumkan kutipan bernilai RM828,670,791 atau lebih RM800 juta namun agihan amat sukar dilakukan secara ‘on the spot’ kepada asnaf memerlukan.

Banyak borang perlu diisi, permohonan zakat perlu cop pengesahan, perlukan banyak dokumen sokongan untuk memohon bantuan. Belum tahu lulus atau tidak.

Apa yang boleh dilakukan oleh si ‘miskin papa kedana’ dalam keadaan terdesak ini?

Menggunakan kuasa viral di platform media sosial seperti TikTok. Di sinilah mereka meluahkan kesengsaraan mereka.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Yaya meluahkan rasa sedih selepas hilang segala-galanya tiada tempat tinggal selepas dihalau.

Wanita berusia 28 tahun itu dipercayai menumpang di rumah rakannya di Tahfiz Al-Aziziah, AU1 Keramat.

Satu video berdurasi 2 minit ditularkan
menerusi TikTok Syikinbambam dimana si ibu memohon bantuan orang ramai.

“Saya baharu sahaja dihalau dari rumah, sekarang saya tumpang rumah kawan saya sehari tapi dia dah bekeluarga.

“Nak mohon zakat untuk bantuan rumah sewa tapi ambil masa yang lama.

“Anak-anak pun pakai pampers baju semalam. Saya nak cari tempat tinggal, makan,” katanya ketika dihubungi Wacanakini.com.

Tambah Yaya, tiada daya upayanya melainkan mengharapkan bantuan orang ramai melalui cara ini.

“Ketika ini saya duji dengan ujian yang terlalu peribadi untuk dikongsi. Dokumen penting semua dah tiada selepas dihalau, jadi nak mohon zakat memang mustahil pada ketika ini,” katanya.

Nak cari rumah yang dekat dengan rumah kawan sebab mudah minta tolong jagakan anak sementara saya kerja.

Sebelum ini kerja di klinik pergigian di Sri Petaling tapi diminta berhenti kerja oleh suami selepas hamil anak pertama.

Kami pun terus bergegas ke lokasi dan menghubungi pihak yang berkenaan untuk ziarah dan memberikan sedikit sumbangan wang ringgit.

Dalam pertemuan singkat sebentar tadi kami ringkaskan puan ini memerlukan bantuan dari segi tempat tinggal, pekerjaan dan bantuan asas untuk dua orang anaknya yang masih kecil.

Orang ramai yang sudi menyumbang boleh terus berbuat demikian ke akaun bank Maybank 164780065628, penama Nur Baeeyah Aziz.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases