spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Utamakan perjuangan rakyat, tolak kempen fitnah

- Advertisement -spot_img

JOHOR BHARU – “Yang penting perjuangan untuk rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, elakkan kempen negatif supaya silaturahim dapat dikekalkan walau selepas PRN,” kata Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip daripada Barisan Nasional (BN).

“Jika kita selitkan unsur negatif, saya bimbang selepas PRN, hubungan antara rakyat retak akibat perbezaan.

“Yang bimbangkan saya, pihak yang cuba buruk-burukkan atau fitnah parti, pemimpin atau calon, saya berharap ejen calon, penyokong, elakkan kempen negatif kekalkan silaturahim,” katanya kepada Wacanakini.com.

Zahari menentang tiga calon lain pada PRN Johor, bertembung calon Perikatan Nasional (PN), Norazman Md Diah, C Subramani (PKR) dan Mohd Hanafi Ahmad daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Dalam pada itu, beliau bersyukur sudah temui
80 peratus pengundi Buluh Kasap dan penerimaan mereka sangat baik serta positif.

“Saya percaya majoriti 837 undi akan meningkat lebih baik, masyarakat di Felda, kampung, pekan, pinggir pekan semua beri respon positif.

“20 peratus pengundi luar dan sebahagian sebahagian yang tidak sempat kita temui atas faktor kerja.

“Yang penting bagi saya, yang tidak ditemui ini akan kita cuba dekati,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases