spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tolak SOSMA, perjudi nyawa rakyat

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Malapetaka bagi rakyat apabila hak mereka untuk dilindungi oleh pemerintah kini ‘diperjudikan’ dek keputusan salah dibuat dalam isu akta SOSMA.

Akta SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan.

Akta ini digunakan untuk menahan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bagaimanapun ‘pengganas’ ini dibebaskan oleh pemimpin DAP yang dilantik sebagai Peguam Negara era kerajaan PH ketika itu.

Di mana hak rakyat untuk hidup dalam rasa selamat tanpa ada ancaman keselamatan?

Hipotesisnya, kebimbangan DAP bahawa kes-kes bawah SOSMA ini akan diselongkar semula Polis Diraja Malaysia kini sudah hilang, menyebabkan pemimpin DAP, Teresa Kok bersorak riang selepas Dewan Rakyat menolak usul kerajaan untuk melanjutkan tahanan SOSMA selama 28 hari.

Posting Teresa Kok berkenaan isu SOSMA.

Ketua Penerangan UMNO Arau merangkap Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim berpendapat apabila kuasa PDRM untuk menjaga keamanan dikurangkan, ia dibimbangi isu keselamatan rakyat sukar dikekang peringkat awal.

“ISA sudah tiada, SOSMA dikurangkan kuasa maka kita bimbang negara tidak ‘seaman sebelum ini. Jangan lupa insiden berdarah Memali, jangan lupa insiden Jemaah Islamiah, jangan lupa insiden Al Maunnah, jangan lupa 13 Mei 1969.

“Apabila kes-kes yang melibatkan jenayah tiada bukti, kita polis tahu mereka terlibat tetapi kekurangan bukti jadi hanya akta seperti inilah membolehkan mereka ditahan dan dikawal daripada kembali ekstrem.

“Mereka akan balik dan melupakan perkara negatif yang mereka pernah lakukan dan menjadi manusia biasa dalam masyarakat.

“Tanpa akta ini kita hanya bergantung dengan keputusan makhamah untuk pendakwaan berdasarkan akta-akta sedia ada,” katanya kepada Wacanakini.com.

Tambah beliau, puak yang berasa seronok ini tidak melihat kepentingan rakyat sebagai agenda utama mereka. Adakah rakyat mahu memilih puak-puak ini pada PRU nanti?

Rakyat harus tahu berhak menilai terutama generasi muda, lihatlah apa yang berlaku sandiwara politik sekali lagi mengorbankan kehendak dan kepentingan rakyat.

Ismail ketika diminta mengulas adakah keputusan itu bukti BN tidak stabil sebagaimana dimainkan Cybertrooper puak pembangkang, beliau berkata, di negeri lain pernah memerintah sampai lima tahun hanya bergantung kelebihan satu kerusi.

“Sebab mereka selepas pilihan raya mereka memikirkan agenda utama negara sebagai kepentingan. Ada check and balance dengan kerajaan.

“Mereka masih diberi mandat atas sokongan bersama semua pihak tak kira pihak pembangkang walaupun kelebihan satu kerusi.

“Ini kelebihan 2,3 kerusi harus kita dokong dorong. Dan kerajaan juga adil terhadap pembangkang Kesemua pembangkang mendapat bajet.

“Apa yang difikirkan lagi, bekerjalah untuk rakyat, buktikan kita adalah pilihan rakyat pada pilihan raya seterusnya akan datang bukan bermain politik sepanjang masa,” katanya.

Tambah beliau, rakyat harus menyokong pentadbiran dibawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang telah menunjukkan kemampuannya mentadbir.

“Pemimpin yang ada karisma seperti ini yang harus kita sokong, sebarang masalah diselesaikan dengan berhemah, cara baik bukan kasar.

“Pembangkang semua kawasan dilayan sama rata. Ismail Sabri meneliti satu perkara mestilah mengikut kehendak rakyat.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases