spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tampil solekan tebal, Vida dikecam ’hodoh’

- Advertisement -spot_img


KUALA LUMPUR : “Tetaplah. Bertenang ‘besties’. Walaupun dikecam mekap huduh, saya mekap ikut tema mingguan. Minggu ini tema ‘change 360’. Jadi saya mekap lain dari kebiasaan.

“Saya mekap sendiri sahaja pun. Ini adalah sempena muzik video saya, salah satu karakter yang direka. Jadi mesti tonton dulu”.

Demikian ulas usahawan Datuk Seri Vida yang tampil dengan gaya ‘unik’ di program Big Stage 2022 minggu keenam semalam.

Vida mencuri perhatian ramai apabila tampil menduduki kerusi Presiden Netizen dengan mengenakan solekan yang tebal.

Malah, kening dan bulu matanya palsu bewarna putih yang dikenakan Vida dilihat cukup berbeza dengan imejnya sebelum ini.

Menerusi Instagram, wargamaya memberikan reaksi pelbagai terhadap penampilan penyanyi lagu I Am Me itu di ruangan komen. Malah ada yang menasihatkan Vida supaya tampil biasa dengan mengenakan solekan lebih ringkas.

Bagaimanapun menerusi TikTok, Vida menjelaskan penampilannya itu ada kaitan dengan muzik video yang dilancarkan tidak lama lagi.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases