JOHOR BHARU : Barisan Nasional dilihat boleh membentuk kerajaan dengan majoriti dua per tiga.
Setakat pukul 9.30 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) mendahului 44 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut memaklumkan BN menyapu bersih undi awal tentera.
Antara kerusi tersebut adalah Endau, Kahang, Paloh, Yong Peng, Sri Medan, Kemelah, Senggarang, Tenggaroh, Bukit Naning, Maharani, Senai, Skudai, Tenang, Bukit Permai dan Bukit Batu.
BN turut merampas DUN Gambir, kerusi lama Tan Sri Muhyiddin Yaasin.
DAP hilang tiga kerusi kepada MCA. DAP kehilangan kerusi DUN Paloh yang sebelum ini disandang oleh Adun Melayu tunggal parti itu, Sheikh Omar Ali.
Sehingga berita ini ditulis, DAP terpaksa menyerahkan kerusi Paloh, Pekan Nanas dan Yong Peng kepada MCA. Ketiga-tiganya adalah kerusi separa luar bandar.
Sebanyak 1,021 pusat mengundi bersedia membuka pintu bermula 8 pagi, bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab mereka.
Bagi proses pengundian hari ini, pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran akan ditutup lebih awal seperti yang diwartakan iaitu Balai Raya Pulau Besar di Mersing ditutup pada 11 pagi, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pada 1 tengah hari.
Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup pada 2 petang, manakala 41 pusat mengundi ditutup pada 4 petang. Pusat-pusat mengundi lain akan ditutup pada 6 petang.
SPR menyasarkan peratus keluar pengundi sebanyak 70 peratus
Pada PRN Johor kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Rata-rata pemimpin Barisan Nasional termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah berkumpul di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri di sini bagi menanti keputusan rasmi Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.
KEPUTUSAN TERKINI PRN JOHOR – TIDAK RASMI (SETAKAT JAM 9.00 MALAM)
BN – 44
PH – 9
PN – 2
MUDA – 1
BARISAN NASIONAL – 44
N01 BULOH KASAP
N02 JEMENTAH
N03 PEMANIS
N04 KEMELAH
N05 TENANG
N06 BEKOK
N08 BUKIT PASIR
N09 GAMBIR
N11 SEROM
N14 BUKIT NANING
N15 MAHARANI
N16 SUNGAI BALANG
N17 SEMERAH
N18 SERI MEDAN
N19 YONG PENG
N21 PARIT YAANI
N22 PARIT RAJA
N24 SENGGARANG
N25 RENGIT
N26 MACHAP
N27 LAYANG-LAYANG
N29 MAHKOTA
N30 PALOH
N31 KAHANG
N32 ENDAU
N33 TENGGAROH
N34 PANTI
N35 PASIR RAJA
N36 SEDILI
N37 JOHOR LAMA
N38 PENAWAR
N39 TANJUNG SURAT
N40 TIRAM
N43 PERMAS
N44 LARKIN
N46 PERLING
N47 KEMPAS
N49 KOTA ISKANDAR
N50 BUKIT PERMAI
N53 BENUT
N54 PULAI SEBATANG
N55 PEKAN NANAS
N56 KUKUP
PERIKATAN NASIONAL – 2
N07 BUKIT KEPONG
N13 SIMPANG JERAM
PAKATAN HARAPAN – 9
N10 TANGKAK (DAP)
N12 BENTAYAN
N23 PENGGARAM
N28 MENGKIBOL
N42 JOHOR JAYA
N45 STULANG
N48 SKUDAI
N52 SENAI
N51 BUKIT BATU (PKR)
MUDA – 1
N41 PUTERI WANGSA