SINGAPURA : Mengejutkan! Rakyat tidak wajib lagi pakai pelitup muka bermula 29 Mac ini.
Bagaimanapun perlaksanaan itu bukanlah di Malaysia sebaliknya, pengumuman oleh Perdana Menteri Singapura , Lee Hsien Loong pada hari ini.
Difahamkan pengumuman ini dibuat bagi membiasakan orang ramai untuk hidup bersama COVID-19.
Penggunaan pelitup muka di kawasan luar tidak lagi diwajibkan mulai Mac.
Dalam pada itu, pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan di kawasan tertutup.
Dilaporkan kebanyakan kes COVID-19 yang dihidap sekadar mempunyai simptom ringan dan terdapat juga yang tidak mempunyai sebarang simptom.
Sebagai rekod, Singapura mencatat 26,000 kes pada Februari lalu berikutan gelombang varian Omicron dan menurun kepada 9,000 kes sehari setakat semalam.
Setakat ini, Singapura merekodkan 92% rakyat yang telah mendapatkan vaksinasi lengkap manakala 71% lagi sudah mendapatkan vaksinasi penuh beserta suntikan dos penggalak