spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan serah kunci kepada 50 penjaja

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyempurnakan Sesi Penyerahan Kunci kepada 50 penjaja dan peniaga Gerai Greenbelt, Pasar Datuk Keramat, di sini.

Kesemua mereka adalah mangsa yang terbabit dalam insiden kebakaran pada 17 Mac lalu.

Shahidan menggesa pihak berwajib untuk mempercepatkan pembinaan memandangkan bulan Ramadan bakal menjelang. 

Tegasnya, tapak dan bisnes itu menjadi sumber pendapatan utama peniaga di situ. 

“Insiden kebakaran berlaku ketika kita sedang ‘berperang’ dengan COVID-19. Lantas, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bekerjasama dengan pihak Sinotech Properties Development Sdn Bhd untuk membina semula gerai-gerai di Greenbelt Pasar Datuk Keramat ini siap sepenuhnya.

“Pembinaan semula itu melibatkan rekabentuk yang lebih moden, ciri-ciri pengudaraan yang lebih baik dan dilengkapi dengan pintu ‘roller shutter’ serta paip air individu di setiap unit gerai. 

“Pihak Sinotech sebagai pemaju juga turut menanggung kos pemasangan meter TNB dan meter air di setiap unit gerai tanpa mengenakan sebarang kos kepada penyewa,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan buat Sinotech Properties Development Sdn Bhd kerana bermurah hati membantu membina semula 50 unit gerai yang terjejas itu, dengan kos RM1.5 juta di bawah program Program Khidmat Masyarakat (CSR) mereka.

“Inisiatif CSR ini juga adalah bagi menyokong cadangan Pembangunan Semula Pasar Datuk Keramat yang kini di peringkat perancangan di antara DBKL dan Sinotech Properties Development yang bakal merubah wajah dan astetika Pasar Datuk Keramat kepada pasar moden yang lebih bersistematik, bersih dan selesa.

“Dalam pada itu, saya juga ingin menyeru kepada penyewa kepada gerai-gerai ini untuk bersama-sama memupuk rasa tanggungjawab dalam memastikan kebersihan dan penyelenggaraan gerai baharu ini sentiasa dalam keadaan baik setiap masa,” kata Shahidan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases