spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan mahu sistem parit, saliran diteliti

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menjelaskan sistem perparitan dan saliran perlu diteliti bagi menangani isu banjir yang melanda ibu kota sejak kelmarin.

Beliau berkata, sistem perparitan dan saliran yang tidak sempurna serta longkang tersumbat di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan sebahagian Lembah Klang menjadi antara penyumbang kepada banjir kilat melanda ibu negara.

Kredit Facebook Shahidan

“Ini menunjukkan terdapat keperluan segera untuk mengkaji semula secara mendalam sistem perparitan dan saliran di Lembah Klang, selain membuat penambahbaikan bagi menangani permasalahan ini.

“Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di SJK (T) Saraswati bagi menempatkan mangsa banjir di Kampung Pasir manakala penduduk di Kampung Periuk telah ditempatkan di PPS Dewan Sultan Sulaiman.

“Kerosakan berlaku kepad makanan dan air juga telah surut sejak malam tadi lagi.

“Saya juga bakal membentangkan perkara ini di Dewan Rakyat esok. Kesannya perlu dilihat untuk jangka masa panjang, pendek dan sederhana,” katanya.

Tambahnya, mangsa banjir dari Kampung Periuk, Kampung Baru di sini ditempatkan di PPS Dewan Sultan Sulaiman manakala penduduk dari Kampung Hujung Pasir pula ditempatkan di SKT Saraswati.

Terdahulu, beberapa kawasan sekitar Lembah KIang termasuk ibu kota di sini, mengalami banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam petang semalam.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan di Facebook, dipetik memaklumkan beberapa laluan termasuk Besraya Expressway membabitkan laluan dari pusat bandar ke Salak Selatan, dari Kuchai ke Salak Jaya dan Kampung Malaysia ke Kuchai ditenggelami banjir.

Banjir yang melanda menyaksikan ribuan kereta yang letakkan di parkir terbuka dan bawah tanah dalam bangunan sekitar ibu kota ini turut ditenggelami banjir.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases