spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan buat keputusan kurang sejam

- Advertisement -spot_img

Oleh Farhana Ab Rahman

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hanya mengambil masa kurang sejam membuat keputusan ketika menyelesaikan isu bumbung tercabut akibat ribut di blok rumah pangsa di Taman Melati, baru-baru ini.

Tindakan pantas beliau mendapat perhatian Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melati, Abu Bakar Ismail yang mengakui belum pernah lagi ditemui pemimpin yang tidak terkial-kial membuat keputusan bagi membantu rakyat.

Ini jelas sekali bercanggah dengan kenyataan Ketua UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah bahawa Menteri Wilayah Persekutuan bukan berasal dari Kuala Lumpur dan tidak arif tentang kawasan-kawasan kemudiannya.

Jika tidak arif, bagaimana Shahidan mengambil tindakan pantas membuat keputusan kurang sejam untuk mendapatkan peruntukkan bagi membaiki bumbung blok terjejas serta sebarang bantuan diperlukan untuk mangsa yang hilang tempat berteduh.

Berapa lamakah yang diambil oleh Shafei untuk tiba di lokasi kejadian? Berapa lamakah masa yang diambil Shafei untuk membuat keputusan membantu mangsa?

Mungkin Shafei lupa, Taman Melati adalah dibawah Parlimen Wangsa Maju walaupun bukan jajahannya tetapi itu kan kawasan anda.

Gambar ihsan Facebook Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

Barisan Nasional di Parlimen Wangsa Maju gagal mempertahankan kedudukan mereka pada PRU-14 lalu.

Berbalik kepada Abu Bakar, beliau berkata, isu Menteri Wilayah yang dilantik daripada negeri bukan Kuala Lumpur juga tidak seharusnya diperbesarkan.

Tegasnya, apa yang penting adalah menteri itu mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Bagi saya, itu semua bukan isu yang harus diperbesarkan. Apa yang penting mereka melakukan tugas dengan jujur dan amanah. Hal kebajikan rakyat harus menjadi keutamaan, dan itu yang dilakukan oleh Shahidan.

“Sebagai wakil penduduk, saya diamanahkan sendiri oleh Shahidan untuk memantau perkembangan pembaikan bumbung. Itu yang diminta ketika turun padang ketika bencana berlaku, malah beliau juga mudah mesra dengan masyarakat,” katanya.

“BELUM PERNAH SAYA BERJUMPA DENGAN MENTERI YANG HANYA AMBIL MASA KURANG DARIPADA SATU JAM UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU PERMASALAHAN. LAZIMNYA PASTI MEREKA MINTA MASA UNTUK BALIK BERMESYUARAT DAN SEBAGAINYA.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melati, Abu Bakar Ismail.

“Yang Berhormat ini terus sahaja menghubungi pihak yang terbabit dan meluluskan peruntukkan. Shahidan berpendapat tindakan pantas amat perlu berikutan beberapa keluarga hilang tempat berteduh.

“BENCANA INI BERLAKU KEBETULAN SEMASA TAHUN BARU CINA, JADI PEMBAIKAN BERKENAAN MENGAMBIL MASA. BUKAN HANYA MENAMPAL SEBALIKNYA PERLU MEMBUKA DAN MEMASANG BUMBUNG BAHARU,” KATANYA KEPADA WACANAKINI.COM

Abu Bakar yang juga merangkap sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Block A Kawasan 4B turut menghargai kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Zaizalnizam Zainun dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang turut banyak membantu.

Ini adalah satu daripada banyak contoh sumbangan Shahidan sejak beliau dilantik Menteri Wilayah Persekutuan, jadi tak kiralah dari mana Menteri itu berasal, yang penting amanah yang diberi dilakukan sebaik mungkin dan janganlah jadi seperti anjing menyalak di tepi bukit sahaja.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases