spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan bersama rakyat dalam Fun Walk

- Advertisement -spot_img

Oleh Farhana Ab Rahman

KANGAR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim menyertai acara Fun Walk yang disertai bersama penduduk sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Program Fun Walk ini bertujuan untuk menjalin hubungan mesra dan kerjasama erat antara badan kerajaan dan agensi di bawahnya dalam usaha untuk menyebar luaskan dasar baharu Kementerian dan inisiatif-inisiatif yang dijalankan berteraskan kepada konsep Wilayah Prihatin.

Malah, seramai 200 peserta terawal akan mendapat tshirt dan juga berpeluang mendapat hadiah menarik menerusi cabutan bertuah.

Selain itu, ianya juga untuk memastikan segala penyampaian sebarang bentuk maklumat dan program-program beserta aktiviti yang dilaksanakan oleh KWP dan agensi adalah jelas dan diterima baik oleh setiap peserta dan penduduk berdekatan.

Program ini akan melibatkan Shahidan yang disertai oleh pegawai kementerian bagi sesi santai bersama peserta dan juga penduduk berdekatan.

Selain mendapatkan informasi yang lebih mengenai kementerian, orang ramai juga mengenalpasti isu serta perkara yang boleh ditambahbaik secara berhemah dan diselesaikan sebaik mungkin.

Anggaran jarak sejauh lima kilometer dengan melibatkan dua(2) kali pusingan Stadium Utama Kangar, Perlis diharapakan dapat membantu peserta dan penduduk mengamalkan gaya hidup yang sihat sepanjang masa.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases