spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan arah segera selamatkan mangsa banjir kilat

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengambil tindakan pantas dengan mengeluarkan arahan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir kilat di sekitar ibu kota.

Gambar ihsan Facebook Shahidan

Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air.

Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Gambar ihsan Facebook Shahidan

Tindakan pantas bagi menyelamatkan anak-anak Taska Roskani JKR Jalan Cheras dan para pelajar OKU SMK Convent Bukit Nenas, di sini oleh Pasukan Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sultan Sulaiman, Kampong Bharu menempatkan 381 orang yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Periuk.

Antara bantuan yang dihulurkan adalah berbentuk makanan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) kepada penduduk yang terjejas akibat bencana itu.

Selain Shahidan, Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Datuk Mahadi turut turun padang mengambil langkah pantas meneliti bentuk bantuan untuk disumbangkan kepada mereka yang terkesan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases