JOHOR BHARU : Mungkin rakyat dah lupa, tetapi bagi penduduk Segamat kami tidak lupa jasa Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membantu mangsa banjir tahun 2011.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip daripada Barisan Nasional (BN) berkata, beliau pemimpin terawal datang membantu mangsa banjir di Segamat.
“Banjir besar tahun 2011, beliau datang membantu penduduk dan sering bertanya khabar.
“Bagaimanapun ketika ini beliau diletakkan di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), mungkin kerana itu beliau tidak dapat banyak masa bersama kami di kawasan luar bandar, cuma salam beliau sering kami terima,” katanya.
Tambah Zahari, Buloh Kasap, majoriti adalah kawasan kampung, yang kebanyakkan sumbernya berasaskan pertanian penternakan.
“Rata-rata pengundi muda, orang muda di sini terbabit sektor pertanian, penternakan.
“Kami telah jalankan aktiviti untuk membantu orang muda meningkatkan pendapatan mereka dengan pertanian.
“Contohnya ada kumpulan kami bantu bekalkan mesin kubota, ada kumpulan kami hantar bantuan untuk mereka kembangkan perniagaan madu kelulut.
“Sehubungan itu, saya mohon sokongan dan peluang untuk membantu anak muda ini.
“Setakat ini berdasarkan program yang dijalankan kita lihat banyak sambutan dari Orang Muda Johor khususnya yang pertama kali hendak mengundi.
“Rata-rata anak muda bersama keluarga, dengar pandangan nasihat keluarga, rakan sebaya positif terhadap BN,” katanya.