spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Ras Adiba puji Menteri WP prihatin golongan OKU

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Personaliti yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi memuji keprihatinan Menteri Wilayah Persekutuan dalam isu membabitkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) ketika sesi menjawab perbahasan usul di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Ras Adiba Radzi yang juga Presiden OKU Sentral tiba-tiba bangun mengemukakan soalan ketika Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim hampir menamatkan gilirannya dalam sesi soal jawab lisan itu.

“Nasib baik Yang Berhormat (YB) ada tanya juga mengenai OKU (sesi soal jawab).

“Saya nak tekankan, antara perkara kami OKU amat perlukan ketika ini adalah sokongan untuk gelandangan yang antaranya OKU dan OKU mental.

“Jadi, pohon diberi sedikit penekanan di waktu yang akan datang untuk kami,” katanya.

Bagi menjawab pertanyaan itu, Shahidan menegaskan isu golongan OKU sememangnya diambil perhatian serius malah menyarankan Ras Adiba sebagai wakil bagi persatuan OKU supaya memberikan sebarang cadangan yang boleh dipertimbang dan beliau cuba melaksanakannya sebaik mungkin.

“Untuk pengetahuan YB Senator (Ras Adiba), perkara ini (OKU) sedang diberi perhatian serius, hebat dan dahsyat. Banyak perkara kita laksana di Wilayah Persekutuan.

“Kita sedang berlumba-lumba buat kebajikan dan yang terbaik. Saya sebagai peneraju di Kementerian Wilayah Persekutuan, kita mahu pastikan pembangunan berskala besar dan kecil berterusan.

“Jadi, YB dijemput mengumumkan apa-apa cadangan terkini dan saya tidak pernah abaikan mana-mana pandangan baik, pandangan yang saya tak boleh laksanakan, kita laksanakan masa akan datang,” katanya

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau itu turut memberi contoh cadangan yang diterimanya sebelum ini bagi melantik timbalan datuk bandar di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dan Labuan yang disifatkannya antara cadangan baik dan akan dipertimbangkan pada masa akan datang.

Terdahulu, dalam sesi soal jawab terakhir, Shahidan memberitahu isu perumahan dan kemudahan bagi golongan OKU akan dijawab secara bertulis.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases