KUALA LUMPUR : Rakyat dilayan seperti sampah ke?, ” luah wakil kumpulan pencarum yang menuntut pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara one-off di Parlimen.
Gulab Jan Fazal Eladi wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, tiada seorang wakil pun dari Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Ahli Parlimen Bera, dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Ahli Parlimen Pagoh, yang sudi menerima memorandum ini.
“Kami maklumkan ini mungkin kedatangan kami tidak disampaikan oleh pegawai PM dan juga pegawai kepada mantan PM.
“Kami tunggu dari jam 9 pagi hingga jam 11 pagi, hanya wakil daripada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sahaja yang terima,” katanya kepada Wacanakini.com.
Menurut pencarum, Mohammad Farhan Jailani, pencarum mempunyai hak untuk menuntut pengeluaran wang simpanan itu mengikut Akta KWSP 1991.
“Kami dengan tegasnya sebagai pencarum KWSP yang terkesan ingin menuntut hak kami menurut Akta KWSP 1991 Seksyen 54.
“Kami sekali lagi menegaskan kami tidak akan sesekali berhenti sehinggalah wang tersebut berada dalam akaun kami.
“Kami juga mengingatkan semua Ahli Parlimen yang dilantik menerusi proses undang-undang yang sah, dan juga sedang berada di dalam dewan ini supaya berkhidmat untuk rakyat.
“Dengar keluhan rakyat yang telah mengundi mereka di pilihan raya.
“Kami juga telah menghantar emel kepada semua Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat termasuk” katanya lagi.
Jelasnya, isu pengeluaran wang KWSP itu seharusnya diberikan perhatian, kerana ia dituntut oleh rakyat yang amat memerlukan sumber kewangan.
“Saya mengharap sangat mereka peka perkara ini kerana mereka naik pun kerana rakyat,” katanya.
Sehingga kini, 18 Ahli Parlimen telah menyatakan sokongan terhadap tuntutan kumpulan tersebut.
Antaranya, Ahli Parlimen Pasir Mas, Bagan, Port Dickson, Baling, Hulu Langat, Jempol, Tuaran, Kinabatangan, Machang, Kapar, Gopeng, Kuala Langat, Padang Serai, Parit, Lanang, Setiu, Bagan Datok dan Pontian.
Ketiga, kami mendesak Perdana Menteri Malaysia meluluskan tuntutan pengeluaran kami ini.
“Kami juga mengingatkan semua Ahli Parlimen yang dilantik menerusi proses undang-undang yang sah, dan juga sedang berada di dalam dewan ini supaya berkhidmat untuk rakyat.
“Dengar keluhan rakyat yang telah mengundi mereka di pilihan raya.
“Kami juga telah menghantar emel kepada semua Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat termasuk Perdana Menteri sebagai Ahli Parlimen Bera, dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Ahli Parlimen Pagoh,” katanya lagi.
Dalam pada itu, kajian Pusat Penyelidikan Undian UCSI mendapati sebanyak 76 peratus responden yang terlibat dalam kajian berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersetuju pengeluaran caruman terakhir.
Manakala 24 peratus lagi tidak bersetuju.