spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Rakyat Parlimen Tenggara mahu BN

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

TENGGARA – Parlimen Tenggara kini bersemarak dengan kibaran bendera dan hiasan poster calon-calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi DUN iaitu N34 Panti dan N35 Pasir Raja.

Kem Barisan Nasional yang giat berkempen sejak hari penamaaan calon, semakin hari semakin bersemangat dan yakin dengan sokongan rakyat tempatan.

Pegawai Khas Menteri Wilayah Persekutuan, S. Arumugam, berkata fokus MIC Bahagian Tenggara di PDM-PDM Panti dan Pasir Raja terhadap pengundi-pengundi India atas pagar melalui ceramah dan lawatan ke kediaman masing-masing memberikan hasil yang memberangsangkan.

“Rata-rata maklumbalas yang diterima dari para pengundi DUN Panti dan DUN Pasir Raja adalah positif.

“Apatah lagi, Barisan Nasional merupakan satu-satunya parti yang sentiasa stabil serta dapat menjamin kesejahteraan kehidupan rakyat Johor yang selama ini bagaikan abu di hujung tunggul akibat pergolakan politik dalaman.

“Para pengundi akur dengan manifesto BN Johor yang memfokuskan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri secara menyeluruh. Jelas sekali, sokongan rakyat terhadap BN telah kembali,” katanya kepada Wacanakini.com

Tambahnya, ayuh pengundi-pengundi DUN Panti dan DUN Pasir Raja! Keluarlah beramai-ramai menuju ke pusat mengundi masing-masing untuk tunaikan tanggungjawab demi perubahan hidup dan negeri anda.

“Pastikan pangkah anda berada di petak dacing biru. Dacing yang akan memberikan kestabilan politik dan menjamin kemakmuran negeri,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases