spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Rakyat Johor mahu BN menang

- Advertisement -spot_img

KOTA TINGGI : “Saya berharap Barisan Nasional bakal menang di Pilihanraya (PRN) Johor dan kembali mentadbir kerajaan negeri ini.

“Tiada apa yang saya harapkan hanya kestabilan ekonomi, politik dan kita tidak bertelagah sesama sendiri”.

Demikian harapan suri rumah, Noriani Md Jasuki,43, yang keluar mengundi seawal jam 8 pagi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.

Sementara itu, Azzamudin Abd Aziz,52, turut berharap BN memegang amanah mengemudi negeri Johor berdasarkan pengalaman lalu.

Azzamudin Abd Aziz

Tambahnya, kehadiran generasi-generasi ketiga turut memenuhi kawasan Pusat Daerah Mengundi ketika Azzamudin keluar mengundi sekitar jam 11 pagi tadi.

“Selain saya, ayah, ibu, kakak serta seluruh keluarga keluar menjalankan tanggungjawab untuk memilih bakal pemerintah yang mentadbir negeri Johor.

“Ramai generasi-generasi baru seperti cucu peneroka yang keluar mengundi pada hari ini. Mereka sebagai golongan pelapis keluar untuk memilih tompok kerajaan baru.

“Semestinya saya mahu BN kembali mentadbir kerana banyak imbuhan yang mereka berikan sepanjang memerintah Johor,” katanya kepada WacanaKini.com

Sementara itu, Rohani Haji Basri pada usia 73 tahun turut menjalankan tanggungjawab sekitar jam 10.30 pagi tadi. Baginya, usia bukanlah penghalang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat.

Rohani Haji Basri

“Saya keluar mengundi pagi tadi sekitar jam 10.30 pagi namun pengundi semakin kurang pada tengahari. Apa yang harapkan agar BN kembali memerintah kerana sokongan lebih kepada parti itu,” katanya.

Rakyat Johor hari ini keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 bagi memilih kerajaan negeri baharu.

Pada PRN Johor kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hari ini juga menyaksikan pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun merasai pengalaman mengundi buat pertama kalinya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases