KUALA LUMPUR : “Salam semua.. Semalam Eina dan keluarga menjalani ujian saringan kesihatan. Saya, kakak dan Aubrey serta Karl positif Covid-19. Semoga kali ini kami dapat melaluinya dengan baik kali ini.
“Jadi kepada sesiapa yang ada bertemu dan berjumpa saya serta keluarga, jika ada simptom saya mohon tolong buat ujian saringan Covid-19. Terima kasih”.
Demikian perkongsian ringkas pelakon Datin Paduka Eina Azman memaklumkan dirinya positif Covid-19 kali kedua dan memohon kontak terdekat untuk membuat ujian saringan kesihatan sekiranya mempunyai simptom.
Eina atau pemilik nama penuh, Ainur Syakina Azman, 27, berharap virus kali ini tidak meninggalkan impak dan kesan seperti jangkitan kali pertama dahulu.
Eina turut memberitahu, suaminya, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah dan dua orang pembantu rumahnya bagaimana pun masih bebas daripada virus berkenaan.
“Alhamdulillah…buat masa ini suami dan dua pembantu rumah masih lagi negatif. Semoga mereka kekal negatif dan sihat sehingga kami selesai tempoh kuarantin.
“Berdasarkan pengalaman lalu, saya kini sedang menyediakan sup ketam nipah buat keluarga. Ini antara ikhtiar saya selain daripada ubat-ubatan yang diambil. Doakan semuanya baik-baik saja,” katanya.