spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

PM umum enam inisiatif perkasa wanita

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam inisiatif bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa, sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Inisiatif itu termasuk penubuhan Majlis Wanita Negara dan pewujudan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual.

Kata Perdana Menteri, bagi membantu wanita yang perlu menghadapi proses perceraian yang panjang, Institusi Hakam di bawah Mahkamah Syariah dimantapkan lagi.

“Selain itu, kerajaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut memperkenalkan Akta Pembiayaan Kewangan di mana pihak bank boleh membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah.

“Melalui inisiatif itu, pihak bank juga dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang telah dibekukan tersebut kepada isteri sekiranya isteri ada membuat tuntutan yang melibatkan wang ringgit di mahkamah,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Wanita 2020 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, katanya ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi digalakkan untuk membenarkan wanita yang kematian suami bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian bagi membolehkan urusan keluarga serta peninggalan suami diselesaikan.

Ismail Sabri juga mengumumkan, sambutan Hari Wanita wajib dilaksanakan pada 8 Mac setiap tahun di peringkat Persekutuan dan negeri bagi menghargai dan mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita.

“Saya percaya bahawa agenda memperkasa wanita merupakan tanggungjawab bersama semua pihak dan bukan hanya dipikul oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sahaja.

“Dalam hal ini, saya ingin memuji peranan serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi dalam membantu membangun, memperkasa, mengiktiraf kebolehan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara,” katanya

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases