Oleh Farhana Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak akan dibentangkan dalam Parlimen.
Beliau yang juga merangkap Naib Presiden UMNO, keputusan itu merupakan hasil perbincangan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Rata-rata tidak bersetuju untuk menaikkan kadar denda kerana ia disifatkan sebagai mendatangkan beban terhadap rakyat yang jelas terkesan akibat pandemik bagi mengekang penulan Covid-19.
Perhimpunan tahunan parti kali ini adalah yang pertama selepas Ismail Sabri menerajui kerajaan campuran Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada Ogos 2021.
Ismail Sabri berkata sejak BN kembali memimpin kerajaan, banyak kejayaan dicapai dan semua perkara yang diputuskan mesyuarat MKT UMNO pada 27 Ogos tahun lalu dilaksanakan dengan dukungan rakan-rakan Kabinet UMNO.