KUALA LUMPUR : Menilai dan memilih masa tepat untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 adalah penting bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di pusat.
Ketua UMNO Cawangan KLCC, Datuk Seri Dzulkarnain Taib berpendapat, kita tidak mahu melepaskan peluang terbaik khususnya ketika kedudukan pihak lawan adalah sangat lemah.
“PRN Melaka dan Johor tempat kelahiran UMNO membuktikan BN pilihan rakyat ketika ini.
“Kita bimbang jika masa untuk bubar Parlimen terlalu lama, pihak lawan mungkin ada strategi lain dan bertambah kuat.
“Pada pendapat saya, PRU15 penting untuk masa depan ekonomi rakyat dan negara bukan kepentingan politik individu semata-mata,” katanya kepada Wacanakini.com.
Tambah Dzulkarnain, perjanjian persefahaman bersama BN dan PN akan berakhir pada Julai nanti, jadi Ogos dan September dilihat masa matang untuk PRU.
“Namun kita tidak menolak berlaku keputusan lain di mana PRU dilaksanakan lebih awal berikutan ketegangan hubungan BN dan PN ekoran kemenangan berganda BN dalam dua PRN lalu,” katanya.