spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Persembahan Seni dan Budaya di Putrajaya

- Advertisement -spot_img

PUTRAJAYA : Meriah benar bandar Putrajaya setiap kali menjelang Sabtu dan Ahad.

Pelbagai program dan aktiviti sudah tersedia diatur sepanjang tahun.

Dibawah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Seri Shahidan Kassim, rakyat mula merasai kehidupan ke arah lebih normal sebelum datangnya pandemik Covid-19.

Pada malam Sabtu lalu, antara pengisian program Singgah Seni Putrajaya adalah
Santai Mingguan di Dataran Putrajaya.

Pelbagai aktiviti termasuk persembahan kebudayaan, silat dan persembahan angklung, gamelan komuniti, “drum circle” gerai jualan, beca berlampu dipersembahkan kepada warga Putrajaya dan para pengunjung.

Program ini diadakan satu ke dua kali setiap bulan, mewarnai suasana malam di wilayah ini.

Program berkenaan adalah kali kedua selepas program pertama tahun ini, yang diadakan pada 12 Februari lalu.

Untuk rekod, program Santai Mingguan Dataran Putrajaya ini kembali semasa fasa ke empat pemulihan ekonomi Negara iaitu pada awal Disember 2021.

Program akan datang dijadualkan selepas Ramadan dan Eidulfitri.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases