spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Penjaja puji Shahidan ‘man in action’, spontan buat keputusan

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : “Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah seorang ‘man in action’, spontan buat keputusan,” kata Datuk Mohamad@Joe Abdullah.

Beliau yang juta Presiden Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) berkata, Shahidan bukan seorang yang bertangguh membuat satu-satu keputusan, beliau faham isu rakyat khususnya peniaga, penjaja.

Datuk Mohamad@Joe Abdullah

“Penjaja hadapi masalah harian, hari ni niaga esok hujan, ada masa tak hujan tetapi tiba-tiba hujan, ada malapetaka terbakar dan sebagainya.

“Beliau turun padang dan buat kerja secara cepat itu saya ucapkan syabas.

“Kita perlu pemimpin taraf Menteri yang cukup cekap selesaikan masalah seperti beliau.

“Shahidan prihatin betul-betul komited ambil berat isu penjaja, pemudah cara, buat tindakan secara spontan tak ambil masa lama,” katanya kepada Wacanakini.com.

Pendapatnya dipersetujui Setiausaha Agung PPPKMWP Sharin Darus, katanya peniaga dibawah Shahidan dapat survive kerana pelbagai bantuan yang disalurkan kementeriannya demi kelangsungan hidup peniaga.

Sharin Darus

“Peniaga sudah dua tahun tak jalankan perniagaan tapi alhamdulillah kini semua ruang niaga dibuka luas untuk pemulihan ekonomi.

“Kami Masih boleh hidup seperti sedia kala. YB Shahidan banyak membantu semasa PKP dari awal hingga sekarang peniaga dapat survive.

“Tiada isu muflis teruk, jadi alhamdulillah pihak kerajaan dan Shahidan membenarkan kami berniaga,” katanya

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases