spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pembukaan sempadan perlu disegerakan – Khaled

- Advertisement -spot_img

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU – Usaha pembukaan sempadan Johor-Singapura perlu disegerakan bagi menyemarakkan aktiviti ekonomi rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, satu perkara yang menarik perhatian dalam Ikhtiar BN Johor yang dilancarkan semalam ialah usaha untuk menyegerakan pembukaan sempadan antara Johor – Singapura demi menyemarakkan aktiviti ekonomi rentas sempadan.

“Johor Bahru dan masyarakat sekitarnya sangat memerlukan pembukaan segera Tambak Johor dan LinKedua.

“Johor Bahru telah jadi bandar raya lesu dan malap semenjak dua tahun lepas tanpa aktiviti ekonomi yang aktif dan pergerakan manusia rentas sempadan. Lihat sahaja JBCC (Johor Bahru City Centre) dan pelbagai pusat beli-belah serta kedai sekitar Bandaraya Johor Bahru, saya tidak pernah terbayang ia akan separah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, tiada impetus dan rangsangan ekonomi dapat memulihkan Johor Bahru, malah Johor keseluruhannya tanpa pembukaan sempadan kedua-dua negara.

“Kedudukan unik Negeri Hujung Medini ini sangat bergantung dengan ekonomi rentas sempadan. Kerajaan Malaysia mesti berunding segera dengan kerajaan Singapura tentang pergerakan rentas sempadan ini secara menyeluruh,” katanya.

Menurutnya, rakyat sudah berkurung (semasa Perintah Kawalan Pergerakan), diberi vaksin dan dos penggalak serta diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Namun tegasnya, kehidupan harus diteruskan kerana ada masa depan untuk dibina, ada mulut perlu disuap, ada cita-cita ingin dicapai.

“Semua ini tidak boleh ditewaskan dengan virus COVID-19 ini. Semoga Perdana Menteri dan Kabinetnya segera melakukan apa yang sepatutnya untuk sempadan kita demi kelangsungan hidup rakyat, perniagaan dan pelaburan.

“Johor mesti melupakan ‘the new normal’. Ia mesti kembali kepada ‘the usual life’ yang sesuai, selari dan seiring fitrah manusia sebagai mahluk sosial,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases