spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pecutan akhir sebelum buang undi esok

- Advertisement -spot_img

JOHOR BHARU – “Cuma hari terakhir ni, kita buat ‘final touch’, pecutan terakhir sebelum membuang undi esok,
penerimaan setakat ini, alhamdulillah,” kata Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau calon Barisan Nasional (BN), Mohd Youzaimi Yusof.

“Semua dah selesai, kita sudah pergi semua Pusat Daftar Mengundi (PDM),di 20 PDM, termasuk di perkampungan Orang Asli.

“Kita dah pergi semua 20 PDM , bukan sahaja berjumpa dengan jentera tetapi kita pastikan berjumpa seberapa ramai pengundi.

“Sebagaimana sedia maklum, N32 Endau ini dahulunya BN, cuma disebabkan oleh individu tertentu pada PRU14 lalu, dia melompat ke parti lain, jadi automatik melompat kepada kerusi parti lain.

“Hakikatnya, pengundi mengetahui N32 Endau adalah BN daripada dahulu lagi,
tak pernah seperti sebelum ini, ada sejarah yang parti lain selain BN dapat menang di kerusi N32 Endau berkenaan,” katanya.

Mohd Youzaimi Yusof bersama Datuk Mahadhir Sulaiman

Beliau menambah, yang bertanding kali ini di N32 Endau ada lima penjuru, termasuk saya adalah BN, PN, PH, Pejuang , Bebas. Walaupun lima penjuru, yang benar-benar mencabar adalah tiga sahaja iaitu BN, PN dan PH.

“Pada parti lain yang cuba membeli undi secara umum mengetahui, bila beli undi, kita tidak dapat menyaingi, sebab kita BN memang tidak pernah buat mcm tu,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang sanggup turun padang tiga minggu dari awal kempen untuk membantu jentera parti.

“Sebelum saya menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian, saya menjawat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian,
dan sebelum-sebelum ini walaupun sebelum PRN.

“Beliau seorang yang mudah didekati, seorang pemurah, senang didekati oleh semua golongan masyarakat,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases