spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Orang ramai disaran rancang perjalanan ke Bazar Aidilftri KL 2022

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Orang ramai boleh mula merancang perjalanan untuk memeriahkan suasana Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur 2022 di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) bermula 9 April hingga 2 Mei depan.

Bazar anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berlangsung sepanjang Ramadan tahun ini.

Menurut kenyataan DBKL, pengunjung diingatkan mengenai perubahan lokasi operasi pasar malam di Jalan TAR bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

“Aktiviti pasar malam di lorong TAR pada Sabtu, akan dipindahkan operasi ke Jalan TAR bermula di persimpangan Jalan Esfahan hingga persimpangan Jalan Melayu sepanjang bazar berlangsung.

“Operasi pasar malam di sebahagian Jalan TAR akan ditutup empat hari Sabtu masing-masing pada 9, 16, 23 dan 30 April bermula 12 tengah hari hingga 12 malam,” katanya menerusi kenyataan itu.

DBKL meluluskan sebanyak 77 Bazar Ramadan/Aidilfitri bagi tahun ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan ke lokasi TAR pada tarikh berkenaan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan.

Orang ramai turut digalakkan menggunakan pengangkutan awam.

Sementara itu, DBKL meluluskan sebanyak 77 Bazar Ramadan/Aidilfitri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bagi tahun ini.

Pengunjung diminta membuat perancangan terapi dan dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan DBKL.

Selain itu, pengunjung juga diminta memastikan kenderaan yang diparkir tidak menggangu lalu lintas, mengelakkan pembaziran sepanjang membeli-belah disamping memeriahkan bazar sekitar ibu negara.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases