spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KJ akui masalah ‘parking’ di hospital

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

SERDANG : Mana-mana hospital besar negeri, tempat letak kereta menjadi masalah besar bagi waris pesakit meletakkan kenderaan masing-masing.

Bukan sahaja ruang yang sangat terhad tetapi membuang masa dan minyak hampir sejam dua ekoran terpaksa berpusing berulang kali mencari ruang kosong.

Ada yang sanggup mencari celah ruang kosong walaupun terpaksa berhimpit, atau meletak kereta di kawasan yang tidak dibenarkan yang mungkin berdepan saman oleh pihak majlis.

Tiada pilihan, ada juga yang terpaksa meletak kereta di kawasan berbayar, namun masih jugak penuh dan sesak.

Hal ini, diakui oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sendiri apabila beliau menerima banyak aduan mengenai masalah tempat letak kereta di beberapa hospital dalam negara.

Beliau mengaku menerima banyak aduan berkenaan masalah itu sejak dilantik menjawat jawatan portfolio berkenaan.

“Memang tempat letak kereta menjadi isu yang besar sejak saya dilantik menjadi Menteri Kesihatan, saya terima banyak aduan tentang tempat letak kereta untuk hospital-hospital.

“Dulu ada cadangan buat tempat letak kereta bertingkat tetapi tidak diteruskan contohnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan sebagainya, jadi kita bincang balik perkara tersebut.

“Saya pun terkejut banyak kereta terpaksa diletakkan di tepi jalan di (hospital) Serdang ini,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan Hari Pendengaran Sedunia 2020 Peringkat Kebangsaan di Hospital Serdang, pada Khamis.

Bagaimanapun, Khairy memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tempat letak kereta yang semakin meruncing di Hospital Serdang.

Beliau akan berbincang dengan pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum untuk mencari jalan penyelesaian mengenai masalah itu.

“Kita akan bincang nanti, satu penyelesaian yang lebih tuntas untuk masalah tempat letak kereta ini,” katanya.

Isu tempat letak kereta di Hospital Serdang, berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, masalah ini turut berlaku di Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kajang, Hospital Besar Melaka, dan Hospital Sultan Ismail.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases