spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Ketiadaan Zubir beri kesan Kelantan FC

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery berkata, ketiadaan tonggak pertahanan berpengalaman iaitu Muhammad Zubir Azmi memberikan kesan buat pasukan itu.

Katanya, bagaimanapun Kelantan FC sudah mempunyai beberapa pemain yang mampu menggalas kekosongan ditinggalkan Muhammad Zubir sepanjang berehat akibat kecederaan.

Anak kelahiran Terengganu itu sebelum ini mencurah segala pengalaman yang dimiliki sebagai pemain bola sepak profesional sebaik bersama ‘ubi muda’ The Red Warriors (TRW).

Zubir tekad menjulang nama Kelantan FC dalam aksi pusingan kedua Liga Perdana 2021 dengan memperagakan aksi cemerlang membantu TRW meraih kemenangan pada setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.

Zubir berkata, dia menerima ‘lamaran’ itu kerana yakin TRW mampu melangkah lebih jauh dalam saingan liga berpandukan kepada ramuan pemain yang dimiliki selain persembahan cukup baik pada pusingan pertama lalu.

Dalam perkembangan lain, Rezal berkata, barisan pemain Kelantan FC diingatkan supaya tidak memperlekehkan kemampuan ‘Budak U’ pada aksi Liga Perdana di Stadium UiTM, Shah Alam pada malam ini.

Kata beliau, sikap waspada terhadap kemampuan lawan perlu sentiasa disemat bagi mengelakkan barisan pemain melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan.

“Berdepan UiTM FC bukan tugas mudah kerana mereka pastinya mahu meraih kemenangan, begitu juga dengan TRW.

“Apa yang penting, saya mahu barisan pemain kekal fokus dan menyempurnakan setiap peluang yang dimiliki dalam bentuk jaringan bagi memastikan Kelantan FC keluar sebagai pemenang,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases