spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kerajaan umum gaji minimum baharu dua bulan lagi

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengumumkan gaji minimum RM1,500 dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan lagi.

Pengumuman itu dibuat berdasarkan kajian yang hampir siap berikutan tidak mahu pelaksanaan gaji minimum kelak menyebabkan kadar pengangguran meningkat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, pelaksanaan gaji minimum itu mendapat sokongan penuh Jemaah Menteri yang berbincang mengenainya, dalam tempoh tiga minggu berturut-turut.

“Saya cukup prihatin dan kerajaan berbincang perkara ini malah Jemaah Menteri bincang perkara ini tiga minggu berturut-turut. Perdana Menteri serta Jemaah Menteri bersetuju untuk kita menaikkan gaji minimum dengan kadar yang segera. Mungkin dalam masa sebulan atau dua bulan.

“Kita tahu (Yang Berhormat) Port Dickson pun pernah duduk dalam Jemaah Menteri. Apabila kita nak umumkan gaji minimum, saya perlu mendapatkan mandat Jemaah Menteri, maka masa terdekat itu dalam sebulan atau dua bulan, kita akan buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, kajian yang kini berada di peringkat akhir itu membabitkan kelonggaran untuk diberikan kepada sektor tertentu dalam melaksanakan gaji minimum.

“Seperti mana saya sebutkan sebelum ini, kita di peringkat akhir di mana kita sedang mengkaji. Kita lihat dari segi pengangguran, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama adalah 5.3 peratus, sekarang turun kepada 4.2 peratus.

“Jadi, kita tidak mahu sebarang tindakan kerajaan menambah (kadar) pengangguran. Kita sedang kaji sektor mana yang boleh diberi sedikit kelonggaran.

“Apabila kita umum gaji minimum RM1,500 nanti, saya tidak mahu majikan mengambil kesempatan mengurangkan jumlah pekerja atas alasan perniagaan mereka merosot,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencelah jawapan Saravanan berhubung isu pengangguran dengan bertanyakan tarikh gaji minimum baharu akan dilaksanakan.

“Gaji minimum ini bila nak dilaksanakan, kata masa terdekat, adakah tahun 2026 atau bila?” soalnya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases