JOHOR BHARU – Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diumumkan malam tadi adalah hasil kekuatan jentera parti.
Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, parti BN didokong oleh Barisan jentera yang bersatu hati, komited, solidariti dalam membawa pulang kemenangan.
“Tahniah kepada Ketua Bahagian, tahniah kepada calon, tahniah kepada jentera akar umbi dan pemimpin.
“Kemenangan luar biasa BN adalah hasil persefahaman dan kekuatan jentera dalam mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya kepada Wacanakini.com
Tambah Shahidan, jentera dari Wilayah Persekutuan dan Perlis turun padang membantu Johor, alhamdulillah kita menang dengan cemerlang.
“Ini kemenangan yang luar biasa. Kekalahan hanya lebih 100 di DUN-DUN yang kalah.
“Kita sokong BN kerana BN mampu bawa perubahan, mampu meneruskan kesinambungan sama ada di pusat atau negeri.
“Kemenangan akan berada di tangan kita pada masa sekarang dan hadapan.