spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kebaikan dilupa, lebih ‘seronok’ cerita negatif

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Begitulah manusia, kebaikan tak dicerita tetapi lebih ‘seronok’ sampaikan cerita negatif.

Tanpa mereka sedar, perbuatan ini boleh membangkitkan marah orang pada pihak tidak berkenaan.

Adilkah apabila berita itu sampai kepada yang tidak tahu isu, boleh jatuh fitnah kepada yang tidak tahu.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Segambut Wilayah Persekutuan, Huzry Fionnawatty Hussien berkata, cakap-cakap mengenai perihal Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang kononnya mereka adalah ‘orang luar’ merupakan isu dangkal.

Huzry Fionnawatty Hussien

“Kenapa bangkitkan isu ini ketika negara memerlukan tumpuan dalam membina semula ekonomi dan pembangunan masyarakat.

“Sedangkan sejak hari pertama Shahidan Kassim menjejakkan kaki ke bangunan kementerian lagi, beliau telah pun beriltizam akan melaksanakan tugasnya sebaik mungkin.

“Sepanjang pandemik COVID-19, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menjaga dan mengawasi penduduk di seluruh Wilayah Persekutuan bagi memastikan tidak terlepas pandang dari mendapat bantuan dan pertolongan dari kementerian. Begitu juga ketika banjir kilat di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah mempersoalkan kenapa Datuk Seri Shahidan Kassim iaitu bukan berasal dari Wilayah Persekutuan dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah

Beliau menyatakan demikian Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula 16 Mac di hadapan 5,571 perwakilan seluruh Malaysia yang dirakam secara langsung.

Tambah Huzry, Shahidan antara yang terawal keluar untuk meninjau situasi dan keperluan terkini mangsa serta memberi bantuan tanpa mengira bangsa serta kedudukan.

“Bukan itu sahaja, beliau juga sering dilihat melawat ke kawasan-kawasan yang berdensiti tinggi seperti di PPR untuk melihat sendiri kesusahan serta kepayahan yang dialami oleh warga kota agar dapat dibantu dan dalam masa sama merancang strategi pemulihan pada masa akan datang.

“Adalah sangat tidak tepat untuk seseorang itu bersangka buruk hanya kerana isu ‘orang luar’. Lagi pun kita semua satu keluarga iaitu Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai Wilayah Persekutuan, Dr Shahilawati Omar berkata, Shahidan bolehlah digelar orang lama atau ‘otai’ dalam UMNO.

“Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri Besar serta menteri di JPM.

“Pengalamannya sangatlah lama dan luas, tidak seharusnya isu ‘orang luar’ ini muncul. Kerana walau siapa pun diletakkan di sesebuah kementerian itu pastinya individu itu akan berkerja keras dan bertungkus lumus bagi menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

“Apatah lagi jawatan itu dipegang oleh beliau yang sangat berpengalaman. Banyak lawatan kerja telah beliau adakan.

“Tebatan banjir menjadi keutamaan di kala isu ini berlaku hampir setiap bulan. Selain itu miskin bandar juga beliau tidak pernah sesekali lupakan.

“Banyak program-program bagi meningkatkan ekonomi penduduk bandar telah beliau adakan sepanjang menjawat jawatan tersebut hinggalah ke hari ini.

“Oleh yang demikian hentikan isu jijik ini di kala penyatuan sesama kita amat menjadi keutamaan. Hargailah setiap yang ada seperti mana kita hargai Keluarga Malaysia kita,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases