spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kami tiada suntikan dana – penganjur HUN 2022

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Pelbagai program bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu usahawan, namun kenapa Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 dilihat tercicir?

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor mengakui pihaknya tidak menerima suntikan modal kerajaan.

“Program ini diadakan di Putra World Trade Center (PWTC), setiap inci ruang di sini ada harganya yang perlu dibayar.

“Kami tiada dana, tiada subsidi, mungkin tahun depan lebih baik jika pihak kerajaan atau mana-mana pihak sudi bekerjasama membantu agar usahawan ini dapat membayar sewa tapak dengan kadar lebih rendah.

“DPUKM ada mohon dana kerajaaan, mungkin kementerian kurang yakin sebab tidak pernah buat program seumpama ini.

“Biasalah benda baharu, selalunya orang akan bercakap tetapi kami harap HUN ini akan diadakan setiap tahun sebagai menghargai penat jerih usahawan dalam membantu ekonomi negara dan keluarga,” katanya pada sidang media di sini malam tadi.

Acara mega bertemakan Usahawan Pemangkin Negara dianjurkan dari 24 hingga 28 Mac 2022 itu adalah anjuran DPUKM yang pertama kali diadakan di Malaysia itu berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Sebanyak 1,000 lot pameran dibuka bagi usahawan tempatan dan antarabangsa mempamerkan produk masing-masing.

Ada desas-desus mengatakan kerana program itu dianjurkan NGO, maka kementerian tidak sokong kerana tiada KPI. Benarkah begitu?


Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, berhubung kelewatan membuka gerai adalah disebabkan isu teknikal kerana 24 Mac adalah hari akhir Perhimpunan Agung UMNO 2022.


“Saya faham kerana saya bermula dari bawah, saya faham kesusahan itu, bila lewat niaga semuanya akan lari daripada rancangan asal.


“Namun peniaga sudah memasukkan barang mereka dari jam 2 petang sehingga jam 10 malam pada 24 Mac itu, 25 Mac sudah niaga dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam kami dapat anjakkan masanya.


“Usahawan takkan cerita pasal untung tetapi apabila ada kesilapan itulah yang akan jadi topik perbualan hangat,” katanya.


Beliau dalam pada itu berharap HUN dijadikan sebagai hari ulang tahun kejayaan usahawan untuk kekal bertahan, berjuang bagi tahun-tahun seterusnya.

“Moga HUN akan menjadi satu trademark untuk usahawan negara,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases