KUALA LUMPUR : “Kami insaf selepas PH memerintah dan telah gagal menyebabkan banyak perkara-perkara baru perlu untuk diperbetulkan,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Beliau berkata demikian bagi menjawab Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa dalam nada sinis berkata, penduduk Wilayah Persekutuan hendak tahu adakah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Menterinya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah insaf tidak ambil langkah sebagaimana Menteri terdahulu, luluskan projek dengan densiti tinggi tanpa melihat masalah perparitan.
Shahidan kemudian menjawab sambil membidas Ahli Parlimen Bayan, insaf memang insaf YB kerana selama 22 bulan PH memerintah, banyak juga perkara tidak dilakukan dan sekarang kita sedang perbaiki.
“Menteri jangan mainkan politik, ini banjir, betul tak? YB Bayan baru? Minta kebenaran terlebih dahulu.
“YB Bayan Baru tidak terlibat dengan banjir, jangan seperti YB Seputeh, saya hendak ucapkan terima kasih. Perkataan insaf itu memang kita insaf, apabila kami betulkan keadaan yang tidak betul pada masa lepas terutama.
“Apabila kita menghadapi bencana tidak ada pendekatan berdasarkan parti dan sebagainya.
“Kita alukan di DBKL semua dapat beri cadangan dan dapat membantu. Saya ingat tidak ada cadangan-cadangan yang ditolak begitu sahaja, kita pertimbangkan dengan baik,” katanya dalam sidang Parlimen hari ini.