spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

JAIS gantung tugas guru KAFA tolak vaksin COVID-19

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Selepas Menteri Kesihatan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mengeluarkan kenyataan seperti bercanggah dengan Perdana Menteri berhubung isu status liputan vaksinasi COVID-19.

Terkini, JAIS bakal menamatkan perkhidmatan guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri itu jika tempoh amaran enggan mengambil vaksin COVID-19 selama dua bulan iaitu penggantungan tugas tidak diambil serius.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya akan menggantung tugas guru KAFA selama dua bulan terlebih dahulu jika mereka enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Namun, katanya, jika mereka masih tidak melengkapkan dua dos vaksin sepanjang tempoh penggantungan itu, perkhidmatan akan ditamatkan serta-merta.

Mohd Shahzihan berkata, tempoh penggantungan berkensan adalah peluang kepada guru KAFA di negeri itu untuk melengkapkan pengambilan dos vaksin COVID-19.

Terdahulu, kenyataan terkini Menteri Kesihatan berhubung kira-kira 7.5 juta penduduk negara bakal kehilangan status lengkap vaksinasi jika belum mengambil suntikan penggalak COVID-19 pada 1 April 2022 dilihat bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri pada 8 Mac lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 19 Mac lalu, sekali lagi mengingatkan kumpulan berkenaan khususnya 835,000 warga emas dan 2.1 juta penerima dos lengkap vaksin Sinovac untuk mengambil suntikan berkenaan melalui janji temu di aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, kenyataan itu bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini bahawa tidak timbul lagi isu status liputan vaksinasi sama ada lengkap dua dos atau penggalak diambil atau tidak, ketika negara beralih ke fasa sementara ke endemik bermula 1 April depan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases