spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Ikhtiar Johor : Jamin masa depan Orang Muda Johor, seluruh rakyat

- Advertisement -spot_img

Berikut adalah kenyataan media Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri pada hari ini

  1. Ikhtiar BN Johor mencerminkan kelangsungan masa depan negeri Johor kembali membangun secara holistik, pentadbiran berintegriti dan memiliki hala tuju yang jelas buat anak muda Johor.
  2. Pergerakan Pemuda UMNO memandang 5 ikhtiar BN ini sebagai perancangan realistik yang boleh dicapai bagi memakmurkan Johor Darul Takzim, bukan sekadar janji palsu “manifesto bukan kitab suci” mainan PH dan PPBM dulu.
  3. Misalnya, program “Rent to Own”, insentif RM1,000 bagi pasangan muda yang layak dan RM500 bagi anak muda mahasiswa dari keluarga B40 menunjukan BN benar-benar mendengar suara golongan muda.

4.Malah, komitmen BN Johor yang cakna menyediakan skim 3200 lot perumahan generasi baru FELDA yang bakal manfaatkan anak muda FELDA di Johor membuktikan bahawa kesinambungan kejayaan perjuangan FELDA bakal berterusan dibawah kestabilan kerajaan BN.

5.Lebih menarik, Ikhtiar BN Johor ini menjanjikan pelan sokongan buat anak muda Johor yang memerlukan platform bersifat “futuristic” menerusi penawaran Geran Keusahawanan OMJ, dan Pelan infrastuktur Digitalisasi sekali gus merancakkan pembangunan ekonomi negeri Johor yang lebih “sustainable” (mapan) dan berdaya saing di masa hadapan. Sekaligus mampu memberikan kesan limpahan kemakmuran ekonomi bukan sahaja buat rakyat dan orang muda johor, malah negeri buat pemaustatin dari seluruh negara berteduh.

6.Pemuda UMNO percaya 5 Ikhtiar Johor dengan 1 Matlamat mampu membawa keyakinan buat pengundi Bangsa Johor di 56 dun untuk membuat pilihan yang tepat dengan bijak kali ini untuk mengembalikan mandat pentadbiran negeri Johor kepada BN, demi kestabilan masa depan yang lebih terjamin, memacu Johor kembali ke persada negara.

InshaAllah, Johor dan Bangsa Johor akan kembali gemilang bersama BN. Johor ini rumah kita!

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases