spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Hael Husaini ulas isu ubah wajah

- Advertisement -spot_img

SHAH ALAM : “Tidak tahu bagaimana hendak memberikan reaksi. Saya hanya mampu tersenyum saja apabila diajukan mengenai perkara itu (pembedahan wajah).

“Waktu muda dulu mungkin saya tidak memikirkan soal penampilan sangat, tapi bila dah makin tua dengan sendirinya kita semakin ambil tahu dan lebih disiplin”.

Demikian ulas penyanyi Hael Husaini apabila diminta mengulas mengenai perubahan penampilannya berbanding di awal kemunculan dalam bidang seni suatu ketika dahulu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Jampi itu menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya  ada melakukan rawatan pembedahan plastik untuk tampil lebih tampan.

Menurut Hael, dia mengaku bertuah kerana memiliki syarikat pengurusan yang amat menitikberatkan soal penampilan selain aspek nyanyian. 

“Saya akui dulu tak ada pasukan di belakang. Semua buat sendiri. Sekarang kerja-kerja saya diuruskan oleh pasukan yang profesional.

“Kalau dulu, umpamanya saya sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri saja, sekarang dah ada pasukan yang siapkan. 

“Ya, memang boleh dikatakan adalah perubahan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil menarik di depan kamera,” katanya.

Hael berkata, dia tidak tahu punca sebenar gosip liar itu boleh tercetus namun mengakui ada terdengar tuduhan tidak berasas berkenaan. 

Hael berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Cahaya Festira Festival Ramadan Selangor 2022 yang diadakan di SACC Mall, di sini, hari ini.

Festival anjuran PKNS Real Estate (PREC) itu merupakan acara tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan. 

Festival terbesar ramadan itu juga mensasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik. 

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases