KUALA LUMPUR : Penerbit Erma Fatima memohon maaf kerana tidak dibenarkan untuk membuka mulut berhubung adegan panas yang dimuat naik oleh aktor Zul Ariffin pada Jumaat lalu.
Erma menjelaskan, belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai drama rantaian Perempuan Itu arahan Ain Sharif, lakonan Zul dan pelakon baharu, Siti Hariesa.

“Maaf sangat..tetapi saya tidak dibenarkan untuk memberikan apa-apa kenyataan buat masa ini,” katanya secara ringkas.
Instagram aktor bertubuh sasa itu diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan di media sosial miliknya pada malam Jumaat lalu.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan menyinggung sensitiviti banyak perlu serta tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.
Antara yang mencuri perhatian adalah ketika Zul merangkul badan Hariesa dan menggendong wanita itu dari depan.
Tidak hanya itu, terdapat juga babak agak mengghairahkan ketika Hariesa menyuapkan ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.
Bagaimana pun, Zul mengambil pendekatan memadamkan video berkenaan selepas namanya menjadi tular di media sosial.