spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Dua ikon terbaharu Kuala Lumpur, bakal rancakkan ekonomi rakyat

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Sejak Datuk Dr Seri Shahidan Kassim memegang tapuk pimpinan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, banyak transformasi dilaksanakan khususnya dalam memberi wajah baharu kepada ibu kota, Kuala Lumpur.

Matlamatnya adalah untuk meramaikan lagi orang datang ke Kuala Lumpur bagi meningkatkan ekonomi dengan lebih cepat, sementelah negara sedang dalam fasa pemulihan ekonomi.

Dua lagi ikon terbaharu Kuala Lumpur ini dibawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Jejak Pahlawan dan Pusat Penjaja D’Tebing, inisiatif Usahawan Anak Muda Kota.

Dua inisiatif ini bukti keprihatinan Shahidan dalam usaha membantu peniaga kecil dan sederhana.

Jejak Pahlawan adalah salah satu jajaran Jejak Warisan yang terletak di Bulatan Dato Onn.

Di sebelahnya, Pusat Penjaja D’Tebing adalah medan selera ala ‘hibster’ pula bermatlamat membantu menaikkan semula sektor niaga tempatan yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Shahidan berkata, pihaknya mahu orang ramai bukan sahaja singgah ke premis-premis ini semula sebagaimana sebelum pandemik.

“Datang, ambil gambar bersama rakan dan keluarga, jamu selera dengan juadah Malaysia serta bawa pulang kenangan sepanjang anda berada di sini,” katanya selepas merasmikan dua ikon itu malam tadi.

Projek naik taraf pusat penjaja berkonsep medan selera menelan belanja RM1 juta turut dilengkapi fasiliti surau bagi memudahkan peniaga dan pengunjung.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases