spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Dana negara ‘dikelepet’ era PH, PN – Najib

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR – Kerajaan berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar untuk memulihkan semula tabung-tabung negara setelah kerosakan teruk ditinggalkan PH dan PN.

Demikian kata Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan dana negara sehingga RM600 bilion tanpa ada sebarang perancangan untuk menambah pendapatan negara.

Bekas Perdana Menteri ke-6 itu turut mendakwa, rizab Petronas, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan Khazanah Negara telah berkurangan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin) bukan tidak tahu keadaan kewangan negara sedangkan beliau menjawat jawatan menteri kanan dalam PH dan kemudian menjadi Perdana Menteri dalam PN.

“Sebenarnya, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ahli Parlimen Pagoh berada dalam dua kerajaan yang merosakkan kewangan negara.

“Beliau juga pernah mengaku membelanjakan RM600 bilion untuk menunjukkan keprihatinannya semasa menjadi Perdana Menteri sehingga kerajaan tidak mempunyai dana lagi.

“Dari mana dia dapat dana itu kalau bukan rizab RM2 trilion zaman Barisan Nasional (BN) ataupun dengan menambah hutang negara. Setakat hendak membelanjakan duit, semua boleh, tetapi gagal menambah hasil negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Dalam pada itu Najib menjelaskan, hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melibatkan wang rakyat kerana kerajaan telah peroleh dana daripada Syarikat Goldman Sachs.

“Janganlah kita memberikan alasan hutang 1MDB sebagai merosakkan kewangan negara, hakikatnya satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar. Pada tahun 2018, hutang 1MDB berjumlah RM32 bilion, pada 2019 juga kekal RM32 bilion dan sama juga pada 2020.

“Adalah tidak betul untuk mencanangkan bahawa rakyat perlu membayar atau menanggung hutang 1MDB. Misalnya bayaran RM16.4 bilion yang diterima daripada Goldman Sachs bukanlah dari wang rakyat, itu wang yang boleh digunakan untuk bayar hutang 1MDB,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases