spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Boleh makan di restoran selepas 12 tengah malam

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Pemilik premis atau restoran kini boleh menarik nafas lega apabila waktu operasi perniagaan boleh dilaksanakan mengikut syarat lesen operasi.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar di Parlimen, Selasa.

“Ini bermakna, pelanggan boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Bolehlah bersahur di luar,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri itu berkata, penggunaan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan.

Katanya, ia hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases