spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Azlee Senario dendang lagu kebangkitan rakyat miskin, Bella Chiao

- Advertisement -spot_img

Tun Puteh Wanti

Apabila pelawak terkenal, Azlee Senario mendendangkan lagu Bella Chiao semalam tersebar dalam TikTok, penulis secara langsung teringat filem Money Heist dan sejarah lagu Bella Chiao.

Lagu ini didendangkan ketika kempen berlangsung menjelang Pilihan Raya Negeri Johor.

Azlee menyanyi dengan riangnya lagu ini samada tahu atau tidak tahu maknanya.

Berikut adalah lirik lagu Bella Chiao

O bella ciao, bella ciao, bella ciao ciao ciao

Oh selamat tinggal cantik, selamat tinggal cantik, selamat tinggal cantik! Bye! Bye

E seppellire lassù in montagna

Kuburlah aku di pegunungan

Sotto l’ombra di un bel fior

Di bawah lindungan bunga yang cantik

Tutte le genti che passeranno

Dan orang-orang yang lalu lalang (melewati kuburanku)

O bella ciao, bella ciao, bella ciao ciao ciao

Oh selamat tinggal cantik, selamat tinggal cantik, selamat tinggal cantik! Bye! Bye!

E le genti che passeranno

Dan orang-orang yang lalu lalang (melewati kuburanku)

Mi diranno: che bel fior

Akan berkata: “Indah sekali bunganya”

E quest’è il fiore del partigiano

Ini adalah bunga dari seorang pejuang

O bella ciao, bella ciao, bella ciao ciao ciao

Oh selamat tinggal cantik, selamat tinggal cantik, selamat tinggal cantik! Bye! Bye!

Quest’è il fiore del partigiano

Ini adalah bunga dari seorang pejuang

Morto per la libertà

Yang mati demi kebebasan

E quest’è il fiore del partigiano

Dan ini pasti adalah bunga seorang pejuang

Morto per la libertà

Yang mati demi kebebasan

Sebagai peminat siri Netflix, La Casa de Papel atau dikenali sebagai Money Heist, pasti mengetahui Bella Chiao adalah lagu tema  nonton Money Heist yang dinyanyikan semasa dua plot besar siri ini.

Malam sebelum rompakan berlaku Bella Chiao  dinyanyikan oleh Berlin dan Profesor dan selepas perompak menggali dan menjumpai terowong untuk membebaskan diri dari Royal Mint, kilang muzium untuk mencetak duit di Sepanyol.

Watak Profesor dan Berlin adalah adik beradik datang dari keluarga marhaen biasa.

Secara keseluruhannya, watak utama di dalam siri ini datang dari situasi yang susah dan berhadap rompakan yang dilakukan bukan sahaja dapat membantu mereka, malah dapat membantu rakyat-rakyat yang lain dan memberi kesedaran kepada rakyat bahawa golongan atasan telah memanipulasi mereka.

Tindakan mereka ini boleh diibaratkan sebagai ‘Robin Hood

Simbolik lagu “Bella ciao” adalah melawan ketidakadilan sosial.

Sejarah lagu Bella Chiao

Menurut Vladimir L. Marchenkov di dalam buku Arts and Terror, ‘Bella ciao’ yang bermaksud Goodbye Beautiful merupakan lagu rakyat Itali yang dicipta pada abad ke-19.

Tiada sumber jelas menunjukkan lagu ini dicipta oleh seseorang individu, tetapi lagu ini menceritakan mengenai kesusahan rakyat Itali terutamanya kaum wanita yang menentang dengan keadaan mereka yang dipaksa bekerja keras di sawah sekitar Utara Itali semasa era pra-industri Itali.

Menurut karya Jerry Silverman, Song That Made History Around the World pula menyatakan bahawa sejarah awal lagu ini pertama kali dinyanyikan oleh sekumpulan wanita-wanita yang bekerja di ladang dan sawah padi di utara Itali untuk sekadar nyanyian untuk meluangkan masa lapang mereka.

Tetapi, sekitar Perang Dunia Kedua meletus, bait-bait serta lirik lagu ini telah digubah sebagai refleksi kepada golongan “partisan menentang kerajaan fasis Itali” dari tahun 1943 hingga 1945.

Lagu ini dinyanyikan oleh sekumpulan rakyat semasa menentang Republik Sosialis Itali dipimpin oleh Benito Mussolini dan juga ketika tentera Nazi Jerman yang menduduki Itali.

Lebih tepat lagi, lagu ‘Bella ciao’ dinyanyikan oleh golongan marhaen dan orang-orang muda iaitu ‘El Partizano’ (The Partisan).

 Jadi, ‘Bella ciao’ menjadi ‘anthem’ dalam penentangan rakyat yang inginkan kebebasan dan keamanan.

Lagu ini terus berkembang selepas Perang Dunia Kedua tamat dan bukan sahaja dinyanyikan semasa berlakunya pementangan rakyat, tetapi menjadi ‘chants’ bagi peminat-peminat bola di Eropah.

Pada tahun 2015, lagu tersebut diharamkan di utara Itali, yang beranggapan lagu ini merupakan simbolik kepada golongan berhaluan kiri dan penentang kerajaan Itali.

Bercakap mengenai penentangan rakyat, lagu ini akan dinyanyikan ketika sesi perarakan tunjuk perasaan, protes serta demonstrasi jalanan bagi melawan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu keputusan dan keadaan negara di Eropah.

Mengambil contoh beberapa situasi tunjuk perasaan yang menjadikan lagu Bella ciao sebagai lagu penaik semangat mereka:

Lagu Bella ciao dinyanyikan parti Syriza yang berhaluan kiri telah mengambil alih tampuk pemimpinan Greece pada tahun 2015.

Semasa protes di Catalan yang ingin memerdekakan kawasannya dari Sepanyol sekitar tahun 2017-2018.

Yellow Vest Movement di Perancis pada tahun 2019.

Jadi, lagu yang dinyanyikan di dalam siri Money Heist ini diambil dari versi Perang Dunia Kedua.

Semasa tempoh kuarantin Covid-19, lagu ini dipopularkan kembali sebagai tanda solidariti menentang wabak tersebut.

Lagu ini dinyanyikan di tepi-tepi tingkap dan beranda rumah secara beramai-ramai dengan jiran tetangga bagi menaikkan semangat untuk menentang ketidakadilan pemimpin.

Jadi, lagu ini di dalam siri Money Heist menjadi mesej pembebasan dalam melawan golongan kapitalis.

Lagu ini lebih bersemangat apabila didendangkan oleh golongan marhaen yang datang dari latar belakang yang susah.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases